Secara rasmi saya akan menggunakan Bahasa Melayu di dalam setiap blog saya. Ini lebih menyenangkan para pembaca kerana saya menyasarkan bahawa blog saya hanya dilawati oleh orang dari Malaysia sahaja.
Adakah ini akan menjatuhkan reputasi blog saya kerana tidak bersifat internasional?
Pertama sekali, terlalu awal untuk bercakap tentang reputasi kerana ianya merupakan blog yang masih baru. Jadi saya akan bercakap tentang internasional, menggunakan bahasa inggeris boleh menampakkan kekuatan sesebuah blog tetapi, saya berpendapat, bahawa isi di dalam blog yang boleh menarik minat orang untuk melawati blog.
Apakah misi terbaru?
Misi terbaru saya ialah untuk menggunakan blog ini sebagai forum untuk para sahabat saya merungkai pendapat pada sesuatu topik. Jadi untuk itu saya akan membina sendiri kru atau saya akan kenali mereka sebagai kaeonus clanx untuk berkongsi cerita terbaru dan sensasi.
Mengapakah Blog sebagai medium?
Blog merupakan medium utama di dalam sistem komunikasi masyarakat zaman kini. Potensinya kian menyerlah apabila orang sudah mulai mempercayai kekuatan blog. Lihat sahaja kini, maklumat dari berita dan blog saling berintegerasi untuk memberitahu tentang apa yang terjadi sebenarnya. Tidak mustahil pada suatu masa nanti mikro blog akan muncul bagi menggantikan blog yang mungkin akan menjadi padat. Tetapi sebelum masa itu akan tiba, saya harap blog ini sudah akan berkembang.
Akhir kata?
Sumber inspirasi ku...............
Friday, December 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment