Wednesday, January 28, 2009

Hujan oh hujan

Wah selalu hujan eh

Friday, January 23, 2009

Review: ScribeFire

Kepada seorg penulis blog, ini merupakan satu add-ons yang menarik dan patut dimiliki. Ianya digunakan untuk mengepos satu tulisan blog dgn satu butang... Jadi apa tunggu lagi download software ini di...

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/browse/type:1/cat:1

Review: ScribeFire

Kepada seorg penulis blog, ini merupakan satu add-ons yang menarik dan patut dimiliki. Ianya digunakan untuk mengepos satu tulisan blog dgn satu butang... Jadi apa tunggu lagi download software ini di...

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/browse/type:1/cat:1

Friday, January 9, 2009

Man U vs Chelsea

Worrrrrrrgh sik sabar untuk menonton perlawanan bola ini. Emmm..harap je Man U menang...tapi kalau anda rasa Man U tidak layak menang berilah komen, tapi saya beranggapan kalau Wayne Rooney on form pada malam itu nanti Man U mungkin akan memberikan saingan singgit dan boleh menang sekali gus....

Saturday, December 6, 2008

Pandangan: Need For Speed-Undercover



Siri game NFS memang tidak asing lagi telah menjadi permainan video yang harus dimiliki oleh setiap peminatnya pada setiap tahun. Tahun ini EA sports memperkenalkan NFS Undercover.

Pembaharuan memang agak ketara bagi permainan ini dengan menggunakan pelakon popular dan sexy iaitu Maggie Q sebagai watak utama sebagai anggota polis Cheah. Disamping itu seorang lagi pelakon yang tidak kurang menyerlah ialah Christina Milan. Nampaknya, EA Games bersungguh untuk menjadikan game ini lebih menarik.


Ini adalah gambar Maggie Q, anda mungkin mengenalinya yang berlakon bersam Tom Cruise dalam MI3.


Ini pula adakah Christina Milan.


Setakat ini saya tertarik kerana mereka berdua memang mengiurkan dalam permainan ini(opss..). Dalam Undercover anda merupakan seorang pelumba jalanan yang diupah oleh polis untuk merungkai kumpulan sindiket haram dikalang kumpulan pelumba jalanan. Jadi seperti biasa anda terpaksa memenangi pelumbaan serta meningkatkan kepercayaan setiap orang untuk masuk kedalam setiap kumpulan tersebut.(Em...mengapa ek setiap jalan ceritanya hampir sama dengan yang lepas...)

Untuk gameplay ia nya amat memuaskan kerana ia senang difahami. Permandangan di dalam amat menarik tetapi mengapa saya merasakan ada sedikit persamaan antara NFS Most Wanted. Bad news, kebanyakan map dalam Undercover adalah sama dan good news, anda senang menghafal jalan itu sebab pernah main. :)

Pilihan kereta tidak memuaskan kerana tidak banyak kereta yang terkini digunakan, antara kereta yang ada adalah RX7, RX8, Evo, VW, dan macam2 lagi. Okay ini merupakan senarai yang saya ada.

Aston Martin
->'06 DB9

Audi
-> '08 R8
-> '07 TT
-> '09 S5
-> '06 RS4

BMW
-> '08 M6
-> '03 M3
-> '03 M3 E46 *Custom MW Vinyls*

Bugatti
-> Veyron 16.4

Cadillac
-> '06 CTS-V

Chevrolet
-> '06 Corvette Z06
-> '70 Chevrolet Chevelle SS
-> '67 Chevrolet Camaro SS
->'08 Camaro Concept
-> '67 Corvette Stingray

Dodge
-> '71 Challenger
-> '07 Charger SRT8
-> '06 Viper SRT10

Ford
-> '06 GT
-> '06 Mustang GT
-> '96 Escort Cosworth
-> '06 Focus ST

Koenigsegg
-> '06 CCX

Lamborghini
-> Gallardo LP 560
-> '06 Murcielago LP 640

Lexus
-> '08 IS-F

Lotus
-> '06 Elise

McLaren
-> '94 F1

Mazda
-> '06 Speed 3
-> '06 RX-8
-> '95 RX-7

Mercedes
-> '08 CLS 63
-> '07 Benz SLR McLaren 722

Mitsubishi
-> '06 Lancer Evolution
-> '06 Lancer Evo IX MR

Nissan
-> '07 GT-R (R35)
-> '99 Skyline GT-R (R34)
-> '09 370Z
-> '89 240sx (S13)
-> '00 Silvia S15

Pagani
-> '06 Zonda F

Plymouth
-> '70 Barracuda

Pontiac
-> '06 Solstice GXP
-> '65 GTO

Porsche
-> '06 911 Turbo
-> '06 911 GT3 RS
-> '05 Carrera GT

Renault
-> '08 Megane Coupe

Shelby
-> '67 GT500
-> '08 GT500 KR

Toyota
-> '98 Supra

Volkswagen
-> '06 Golf R32
-> '08 Scirocco

Sungguh mengecewakan bukan, itu saya pasti tetapi sekarang ini banyak persaingan antara kereta buatan jepun dan kereta buatan amerika. Justeru itu saya tidak berani untuk mengatakan yang mana satu lebih baik. Kalau anda mempunyai pendapat anda sendiri sila lah beri komen serba sedikit.

Tetapi yang memuaskan saya ialah kereta jenama Renault '08 Megane Coupe (Cleo) jenis turbo, kereta ini sememangnya kecil, laju dan senang di kendalikan. Anda boleh memenangi perlumbaan dengan hanya menggunakan kereta ini sehingga 60% keseluruhan permainan. Sebenarnya cleo ini mempunyai ciri yang menarik untuk dijadikan kereta kompak koleksi sama seperti kancil dan myvi.

Sayangnya tiada Kereta Ferrari, Honda dan Volvo di dalam siri ini. Honda dikatakan tidak lagi ingin dikaitkan dengan aktiviti lumba haram dan satu lagi berita yang saya tahu iaitu honda tidak lagi akan bertanding dalam perlumbaan F1 musim hadapan. Ferrari pulak sudah lama tiada kerana takut dikalahkan oleh Mclaren F1 dalam NFS hahaha. Volvo pulak kereta tidak dikenal pasti sebabnya.

Menariknya tentang permainan ini adalah ia mempunyai jalan cerita yang tersendiri dan seolah-olah melihat sebuah filem. Setiap episod akan memberikan perasaan suspen tentang apa yang akan terjadi. Apa yang lebih mengiurkan ialah setiap kali loading interface muncul banyak gambar menunjuk bahgian badan pelakon terkenal ini, Maggie Q. Em..rasanya para budiman mungkin tidak akan merasa bosan dengan menunggu loading.

Satu lagi bagi peminat kereta anda akan dapati kereta konsep Nissan 370Z akan muncul dalam video cerita game ini. Dari permerhatian saya 370Z memang mengagumkan. Ianya akan muncul dalam beberapa video dalam Career mode. Saya tidak akan meletakan gambar kerana ingin meningkatkan surprise mood. hehe.

Kelemahan game ini adalah dari segi AI. Kereta polis yang mengejar anda boleh muncul dari semua arah. Saya mendapati ini kerana kereta polis yang mengejar itu boleh muncul tiba2 dihadapan. Ini memungkinkan anda dikejar polis sehingga hampir berbelas-belas minit. Ini amat merugikan masa anda bermain game ini.

Tadi itu adalah kelemahan game yang merugikan tetapi ada kelemahan yang membolehkan anda melepasi dari tangkapan polis. Saya mendapati bahawa AI game ini tidak akan mengejar anda jika anda memasuki sesuatu kawasan contohnya kawasan stesen minyak, jalan singkat @ short cut dalam BI, dan apabila anda membuat satu pusingan pada satu blok bangunanan. Gunakan kelemahan ini untuk mengatasi AI ok...(tipz..)

Secara keseluruhan ini memang merupakan sebuah identiti EA Games: NFS siri dan anda tidak boleh lepas peluang untuk bermain permainan ini. :)

Saya sertakan trailer dari Youtube oleh EA Games




Friday, December 5, 2008

Secara Rasmi, Bahasa Melayu

Secara rasmi saya akan menggunakan Bahasa Melayu di dalam setiap blog saya. Ini lebih menyenangkan para pembaca kerana saya menyasarkan bahawa blog saya hanya dilawati oleh orang dari Malaysia sahaja.

Adakah ini akan menjatuhkan reputasi blog saya kerana tidak bersifat internasional?
Pertama sekali, terlalu awal untuk bercakap tentang reputasi kerana ianya merupakan blog yang masih baru. Jadi saya akan bercakap tentang internasional, menggunakan bahasa inggeris boleh menampakkan kekuatan sesebuah blog tetapi, saya berpendapat, bahawa isi di dalam blog yang boleh menarik minat orang untuk melawati blog.

Apakah misi terbaru?
Misi terbaru saya ialah untuk menggunakan blog ini sebagai forum untuk para sahabat saya merungkai pendapat pada sesuatu topik. Jadi untuk itu saya akan membina sendiri kru atau saya akan kenali mereka sebagai kaeonus clanx untuk berkongsi cerita terbaru dan sensasi.

Mengapakah Blog sebagai medium?
Blog merupakan medium utama di dalam sistem komunikasi masyarakat zaman kini. Potensinya kian menyerlah apabila orang sudah mulai mempercayai kekuatan blog. Lihat sahaja kini, maklumat dari berita dan blog saling berintegerasi untuk memberitahu tentang apa yang terjadi sebenarnya. Tidak mustahil pada suatu masa nanti mikro blog akan muncul bagi menggantikan blog yang mungkin akan menjadi padat. Tetapi sebelum masa itu akan tiba, saya harap blog ini sudah akan berkembang.

Akhir kata?
Sumber inspirasi ku...............

Thursday, December 4, 2008

Carloz Tevez on form




Carloz Tevez is expected to play more in the premiership after 4 goals that he score in the Carling Cup match against Blackburn. But this situation making the manager, Mr. Fergie a hard time to choose with striker to use. HAHA. I guest the Man U will use formation 3-4-3 for some games.